Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan cuti, kini saya kembali menjadi seorang pelajar. Masih jauh perjalanan dan pastinya ia bukan jalan yang mudah. InsyaAllah mudah-mudahan berkat doa semua, jalan menuntut ilmu dipermudahkan-Nya. Ramai mungkin pernah dengar berkenaan International Relation (IR) atau dalam bahasanya disebut sebagai Hubungan Antarabangsa. Itulah apa yang akan saya cuba kuasai sebagai pelajar Human Science, majoring in Political Science and speciaizing in IR.

IR merupakan salah satu cabang kepada ilmu Sains Politik. Dalam Sains Poitik ada empat cabang yang akan dikuasai:

·         International Relations (hubungan antarabangsa)

·         Public Administration (pentadbiran awam)
·         Political Theory (teori politik)
·         Comparative Politics ( perbandingan politik)

IR adalah satu bidang kajian berkenaan dengan hubungan antara negara atau disebut sebagai hal antarabangsa yang melibatkan peranan negara-negara, pertubuhan antarabangsa, NGO, dan juga perbadanan multinasional (MNC). Ianya bukan sahaja bidang akademik yang dipelajari oleh pelajar Sains Politik, tetapi ia juga merupakan dasar awam bagi negara-negara.

Kajian dan analisis berkenaan IR ini perlu melibatkan pelbagai sudut disiplin ilmu yang lain seperti ekonomi, sejarah, sosiologi, psikologi, falsafah, antropologi dan sebagainya. Hal ini kerana isu yang dianalisis merupakan isu yang luas dan bersifat global.

Pelbagai isu yang menjadi kajian dan analisis dalam cabang ilmu IR. Antaranya adalah:

·         Foreign policy (polisi asing)
·         Diplomacy
·         International organizations (pertubuhan antarbangsa)
·         War and conflict (perang dan konflik)
·         International law and law of the sea (undang-undang antarabangsa)
·         Terrorism (keganasan)
·         International trade (perdagangan antarabangsa)


Jadi ianya merupakan satu kajian yang penting bagi membentuk hubungan yang baik antara negara. Bagi saya ianya adalah satu ilmu yang menarik dan mungkin sedikit sebanyak memberi anda pencerahan berkenaan IR.



*segala yang ditulis adalah berdasarkan apa yang saya belajar dan merujuk kepada rujukan tersebut:
- Study Guide and Workbooks of Basic Political Science (HSM2143), (Petaling Jaya:Departments of IRKHS IIUM), 9-10.


Reactions: